13 September 2008

Operasi ISA: Tan Hoon Cheng, Teresa Kok & Raja Petra Kamarudin.

Malaysia Today editor Raja Petra Kamaruddin and Sin Chew Daily News reporter Tan Hoon Cheng were arrested Friday under the Internal Security Act. DAP's Teresa Kok is the latest to be arrested under ISA. Kok, who is Seputeh MP and also assemblyman for Kinrara, was arrested at 11.20pm Friday
.
Operasi ISA: Teresa Kok, Raja Petra dan wartawan Sin Chew ditahan dalam 12 jam
.
KUALA LUMPUR: Operasi penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyaksikan tiga orang ditahan dalam tempoh 12 jam sejak tengah hari semalam.
Tiga orang itu termasuk pengedali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, 58, yang ditahan tengah hari tadi.
.
Operasi itu disusuli penahanan pemberita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang menulis berita bahawa Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail melabelkan masyarakat Cina sebagai pendatang dan penumpang di negara ini, bulan lalu.
.
Lewat malam tadi, Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pula ditahan.
.
Setiausaha Publisiti DAP itu ditahan kira-kira pukul 11.18 malam ketika dalam perjalanan pulang ke kondominiumnya di sini.
.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam blognya berkata, Teresa, 44, ditahan oleh seramai 10 anggota polis ketika memasuki kondominiumnya selepas menghadiri sambutan mooncake di kawasan pilihan rayanya.
.
Tan, 33, ditahan di rumahnya di Taman Permai, Bukit Mertajam pukul 8.30 malam tadi.
.
Jurucakap Sin Chew ketika dihubungi mengesahkan Tan ditahan di bawah ISA tetapi enggan mengulas lanjut.
.
Turut mengesahkan penahanan mereka ialah Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
.
Raja Petra, pengendali dan penulis blog yang kontroversi tanah air, ditahan buat kali kedua di bawah ISA dalam tempoh tujuh tahun.
.
Penahanan Raja Petra juga disahkan oleh isterinya, Marina Lee Abdullah. Kenyataan polis yang dikeluarkan malam ini juga mengesahkan perkara tersebut.
.
Raja Petra ditahan di rumahnya di Sungai Buloh, di bawah Seksyen 731 Akta ISA, yang membolehkan seseorang itu dikenakan tahanan maksimum 60 hari. -selanjutnya, mStar Online
.

DITAHAN... Wartawan akhbar Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng ditahan Polis Bukit Aman di rumahnya di Bukit Mertajam kira-kira pukul 8.30 malam ini dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), di sini.

Kira-kira pukul 11.10 malam, Tan dilihat keluar dari IPD SPT menaiki sebuah kereta Proton Waja dengan diapit oleh dua anggota polis wanita di tempat duduk belakang kereta itu dipercayai menuju ke IPK di bahagian pulau. - mStar Online

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese