03 September 2008

Nik Abdul Aziz Nik Mat Tolak Anugerah Gusi.

SEMASA muktamar Pas ke 54 di Ipoh Perak baru-baru ini Pengerusi Tetap Muktamar, Ustaz Abu Kassim mengumumkan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan versi Asia oleh Yayasan Gusi yang berpusat di Manila.
.
Anugerah itu dianggap suatu pengikhtirafan terhadap Nik Aziz sebagai tokoh politik Islam di rantau ini dan sangat dibanggakan oleh Pas. Secara tidak langsung juga pengikhtirafan itu adalah untuk Pas sebagai parti siasah Islam di negara ini.
.
Menurut pengumuman itu juga Nik Aziz akan hadir untuk menerima anugerah berkenaan yang akan diadakan di Manila pada bulan November depan.
.
Menurut peraturan anugerah berkenaan, mereka yang ditawarkan perlu hadir untuk menerimanya sendiri dan tanpa kehadiran anugerah itu tidak akan dikurniakan.
.
Berhubung perkara itu perkembangan terbaru menyebut Nik Aziz dikatakan tidak akan hadir untuk menerima anugerah berkenaan. Badan Perhubungan Pas telah membuat keputusan agar Nik Aziz menolak anugerah berkenaan.
.
Tidak diketahui sebab-sebab kenapa keputusan itu dibuat.
.
Surat penolakan berkenaan telah pun dihantar kepada wakil yayasan itu di negara ini dan pihak Manila telah pun maklum mengenai penolakan berkenaan.
.
Anugerah keamanan Gusi ini diadakan setiap tahun oleh
Gusi Peace Prize Foundation dan difahamkan 10 hingga 15 tokoh akan dipilih untuk menerima anugerah yayasan itu.
msomelayu

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese