27 September 2008

Mengingati Kemenangan dan Punca-punca Kemenangan di Eidul Fitri

Marang – Umat Islam di Malaysia disaran menyambut Eidul Fitri dengan mengingatkan kemenangan dan punca-punca kemenangan tentera Islam dalam menghadapi golongan Ahzab.

”Di hari yang mulia ini kita bertakbir mengagung dan membesarkan Allah SWT, memperingati kemenangan umat Islam dalam menghadapi golongan Ahzab,

“kumpulan gabungan kabilah-kabilah yang menganut berbagai-bagai agama dan ajaran untuk menentang Islam, akhirnya Allah SWT membinasakan kumpulan-kumpulan musuh itu,”kata Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam perutusan sempena Eidul Fitri kepada semua umat Islam.

Beliau berkata kejayaan dan kekuatan umat Islam adalah bergantung kepada sejauh mana sesuatu umat itu berpegang dengan al-Quran yang diturunkan di bulan Ramadan, menghayati dan beramal dengannya, sebagaimana yang diamal oleh Rasulullah SAW.

Tuan Guru Abdul Hadi juga berpesan supaya walaupun kita bergembira menyambut hari raya, umat Islam hendaklah bersyukur kepada Allah SWT dan menjauhi perkara yang melalai dan melekakan.

”Kita bergembira, jangan melalai dan melekakan kita. Kita hendaklah menjadi orang-orang yang bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat yang diberi kepada kita yang tidak terhitung banyaknya,

”nikmat yang paling besar ialah nikmat Islam, pemberian yang paling mahal yang tidak mampu kita menilainya (nikmat) daripada Allah SWT yang kita yakini tidak ada Tuhan melainkan Dia sahaja,”ujarnya yang menjelaskan keyakinan tersebut mestilah dapat melahirkan perangai-perangai dan akhlak-akhlak sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran dan Sunnah.

Klik Untuk melihat dan Mendengar Teks Penuh Perutusan

Buletin Online

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese