12 September 2008

LANGKAH SETERUSNYA, MUNGKIN PERTEMUAN BERSAMA AGUNG

Lima pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertolak ke Taiwan petang ini mendakwa sekumpulan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah bersetuju untuk mengadakan perbincangan melompat parti. Mereka merupakan Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution, Ketua Penerangannya, Tian Chua, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh serta Ahli Majlis Tertinggi. Low Chee Chong dan Ketua Penerangan Wanita PKR, Elizabeth Wong
.
Di fahamkan pemergian wakil PKR ke Taiwan juga mengenai perbincangan dengan sebahagian ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di sana mengenai pelan transfomasi kerajaan pada 16 September seperti yang dirancangkan.
.
Pakatan Rakyat (PR) berkeyakinan iaitu pada 16 September, kerajaan baru akan berjaya dibentuk bagi menggantikan kerajaan BN.
.
Setelah perbincangan dan sedikit urusan di lakukan di sana kelak langkah seterusnya adalah yang berkaitan dengan perkara-perkara teknikal iaitu sama ada kita berjaya mengadakan pertemuan dengan Agung dan juga memastikan proses peralihan itu berlaku dengan aman dan teratur.
.
Jika tiada sebarang bantahan dari Agung insyaAllah mengikut perancangan 16 Septemberi ini Pakatan Rakyat akan menubuhkan kerajaan. Perancangannya pada 16 September ini namun kita juga perlu menunggu titah dari Agung. Kita perlu hormat dan mengikuti segala peraturan.
.
Namun penubuhan kerajaan PR pada 16 September in mestilah menunggu kepulangan wakil PKR pada sabtu malam ini, sejurus selepas itu kepimpinan PR boleh membuat satu rumusan dan membuat pengistirahan dalam agenda dan perancangan 16 September ataupun pada 20 September ini. - Puan Zuraida Kamaruddin

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese