PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim unveiled PKR's 2009 budget Tuesday which outlines ways to better promote economic growth.
.
2009 NATIONAL BUDGET AND ECONOMIC POLICY BRIEF BY DSAI
Anwar janji bajet lebih baik
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mengemukakan bajet baru jika Pakatan Rakyat pimpinannya menubuhkan kerajaan baru.
Katanya, tema utama bajetnya ialah untuk mengurangkan defisit dan cukai serta melaksanakan sistem tender terbuka.
Anwar menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga menteri kewangan, membentangkan bajet 2008 Jumaat lalu dan mendapatkan reaksi yang berbeza.
Parti-parti pembangkang bagaimanapun menyuarakan kekecewaan mereka kerana Abdullah gagal menyediakan insentif baru untuk merangsang pertumbuhan ekonomi.
Mereka juga bimbang dengan peningkatan kadar defisit dalam bajet tersebut.
Sebelum ini Anwar, yang juga bekas menteri kewangan, telah berkata beliau akan dapat menubuhkan kerajaan baru pada 16 September depan. - Malaysiakini
1 comment:
kepada penduduk seluruh kawasan Kapit, Sarawak anda semua menangis kerana dalam bajet 2009 PM Dollah tiada peruntukkan untuk bina jalanraya dari Sibu-Kapit. Kenapa anda harus menyokong kerajaan BN YANG TERNYATA rasuah?Bajet 2009 adalah untuk poket kroni-kroninya sahaja.Sokonglah cadangan DSAI untuk bila nasib anda semua.Anda harus berani bertukar minda, jangan ikut telunjuk orang yang rasuah.Taib & Jabu mana suara anda?
Post a Comment