KUALA LUMPUR, 15 September (Berita Harian): Ketua Pemuda Pas, Salahuddin Ayub menyelar tindakan Amerika Syarikat (AS) memanggil Duta Malaysia ke Washington, Ilango Karuppannan berhubung penahanan tiga individu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Jumaat lalu yang disifatkannya mempunyai niat tersembunyi.
Beliau berkata, tindakan Jabatan Negara AS itu tidak wajar kerana ia cenderung kepada campur tangan negara itu ke atas
"Mereka kononnya simpati, tetapi sebenarnya ada niat lain. Kita perlu belajar daripada tindakan yang dilakukan oleh AS ke atas negara dunia ketiga sebelum ini yang jelas mempunyai niat tersembunyi.
"Penahanan tiga individu mengikut ISA itu adalah keadaan yang berlaku dalam negara dan walau apa sekalipun berlaku biar rakyat negara dan kerajaan negara ini menentukan hala tujunya. Ia sangat jelas rakyat
Semalam, akhbar ini melaporkan Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatim, berkata Malaysia sudah memberikan penjelasan kepada AS mengenai penahanan tiga individu mengikut ISA berikutan tindakan AS memanggil wakil Malaysia untuk mendapatkan penjelasan mengenainya.
Bagaimanapun Rais menegaskan, soal keselamatan dalam negeri adalah hal dalaman yang perlu ditangani sendiri negara ini dan tidak perlu ada campur tangan luar.
Mengulas hak asasi manusia yang dicanangkan AS, beliau menuntut, penghormatan daripada AS ke atas sistem undang-undang yang diamalkan di negara ini seperti
Tiga yang ditahan itu adalah, penulis blog Raja Petra Kamaruddin Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Wartawan akhbar Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng. Tan bagaimanapun dibebaskan pagi kelmarin.
No comments:
Post a Comment