27 September 2008

Kerajaan semakin tenggelam punca -Tengku Razaleigh Hamzah

Harakahdaily : Kenyataan ini saya tulis sebagai warga Malaysia yang sudah empat puluh tujuh tahun berkecimpung dalam bidang politik.

Kerjaya ini meluangkan saya kesempatan istimewa untuk memainkan peranan kecil dalam pembentukan negara kita serta mengasaskan pelbagai institusinya, dan juga kejayaan kita mencapai kecukupan yakni ekonomi tidak tertakluk kepada ihsan negara luar.

Saya tergerak untuk membuat kenyataan ini atas keprihatinan yang mendalam terhadap keadaan negara saya yang kini dilanda, antara lain oleh kemelut yang mengharu-birukan keadaan.

Dalam kehidupan seseorang individu dan dalam tempoh sesebuah negara berkuasanya, ia pasti menghadapi detik-detik penuh kemungkinan apabila pilihan yang wajar perlu dibuat, terutamanya tatkala berhadapan dengan persimpangan keupayaan yang secara serentak berpotensi untuk sama ada membawa keunggulan atau kemusnahan diri.

Sewaktu menapak ke alam kedewasaan dulu, kita menempuh banyak persimpangan dan perlu membuat beberapa pilihan.

Begitu jugalah, kini kita peka betapa masa mendatang kita juga dalam tangan kita sendiri sekarang.

Sama ada kita bakal maju dan hidup dalam kegemilangan atau mundur serta senantiasa menanggung duka lara, kini bergantung pada cara kita bertindak dalam tetingkap masa yang singkat ini.

Sekarang ini, kita dalam kebuntuan politik yang seumpama barah berbahaya yang cukup mampu untuk merebak lebih parah menjadi krisis Perlembagaan.

Seterusnya.

1 comment:

perfectwater75 said...

Salam!

Ku Li cakap macam Lim Kit Siang cakap dalam Parlimen Malaysia.
Satu Titanic Akan Karam!!!

Sudi mampir ke laman saya

thx!

p/s: kalau tak keberatan boleh pautkan blog saya di sini...

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese