10 September 2008

KENAPA PERLU 20 SEPTEMBER ?

foto BERNAMA
.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang merupakan ketua pembangkang di fahamkan akan ke Taiwan jika perlu untuk berbincang bersama 49 Anggota Parlimen Barisan Nasional untuk memastikan penubuhan kerajaan baru pada 16 September ini.Walaupun sebelum ini beliau ada menjelaskan mungkin penubuhan kerajaan baru akan berlaku pada 20 September ini namun itu hanya sebahangian dari ” Pelan B ” mungkin.
.
Agak mengejutkan sewaktu keterangan beliau kepada akhbar di mana“16 Sept akan adalah suatu realiti. Saya telah berjumpa dengan semua pemimpin Pakatan dan kami membincangkan perkara itu secara terperinci, dan memanglah kami menghadapi beberapa masalah teknikal apabila 49 anggota Parlimen itu dihantar ke luar negara,” katanya kepada pemberita selepas selesai menghadiri satu prosiding di Mahkamah Sesyen hari ini berhubung tuduhan liwat.
.
Jelas Anwar lagi beliau tidak pernah putus hubungan dengan anggota Parlimen yang berada di Taiwan kini dan jika terdesak bagi menyelesaikannya beliau akan pergi ke negara itu jika perlu.Namun dapat di lihat keretakan Barisan Nasional semakin jelas apabila Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi untuk fikirkan semula tempoh peralihan kuasa yang di anggap terlalu lama. LAGI.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese