27 September 2008

Kenapa Anwar Mendahului Najib Dalam Tinjauan?

Kenapa Anwar Mendahului Najib Dalam Tinjauan? ~ MALAYSIAKINI

Menurut tinjauan yang dibuat oleh Merdeka Center baru baru ini menunjukkan, sokongan terhadap Anwar adalah lebih berbanding dengan Najib. Soalan yang dikemukakan ialah "di antara Najib dan Anwar, siapa yang paling layak menjadi Perdana Menteri". Purata daripada tinjauan itu menyatakan Najib mendapat sokongan 33.8% manakala Anwar mendapat 39.9%.

Daripada analisis saya terhadap tinjauan ini, sokongan terhadap Anwar di kalangan orang Melayu adalah lebih rendah berbanding dengan Najib adalah kerana Melayu bimbang kedudukan Orang Melayu di Malaysia sekiranya Anwar mentadbir, ini adalah ekoran daripada media yang dikonkong oleh UMNO selalu memainkan isu "Anwar merupakan pengkhianat bangsa, dan kebimbangan kedudukan Orang Melayu apabila PR mentadbir.

Manakala Anwar mendapat sokongan yang lebih dikalangan orang bukan Melayu kerana mereka yakin terhadap polisi Anwar yang tidak memainkan isu perkauman dalam meraihkan sokongan rakyat. Ini adalah apa yang remaja mahukan sekarang. Hal ini kerana kita semua tahu memainkan isu perkauman tidak akan membawa sebarang kebaikan kepada negara. Selain itu, rakyat kini menghadapi masalah yang sama iaitu kemelesetan ekonomi dan kenaikan harga barangan.

Disini saya ingin menegaskan, kemelesetan ekonomi dan kenaikan hara barangan bukan disebabkan warna kulit. Kita semua perlu faham kerana kerana kebelakangan ini segelintir pemimpin politik selalu memainkan kesusahan sesuatu kaum disebabkan sesuatu kaum yang lain. Mereka berbuat demikian kerana untuk meraih sokongan murahan politik, tetapi, ini akan membawa padah kepada negara kita! Kita perlu bersatu padu untuk menghadapi cabaran dunia yang semakin memcabar ini.

Lihat ke Najib pula, kenapa sokongan di kalangan bukan Melayu begitu rendah? (18.4% untuk Orang Cina dan 5% untuk Orang India), kerana segelintir pemimpin UMNO yang suka memainkan isu perkauman dan berkata akan "membela" orang Melayu. Tetapi kalau kita lihat, kenapa hanya segelintir saja yang mendapat faedah? Kenapa rakyat Kelantan masih begitu miskin? adakah disebabkan fahaman politik yang berlainan?

Sebagai seorang Pemimpin Negara, sokongan daripada pelbagai kaum perlu supaya dengan cara begitulah rakyat baru akan menghormati setiap langkah yang diambil oleh mereka. Bukan hanya perlu sokongan sesetengah bangsa sudah memadai.

Nampaknya Najib masih perlu lebih berusaha untuk meraih sokongan orang bukan Melayu, tetapi ini bergantung pada diri mereka sama ada ingin berubah atau tidak.

Dengan harapan, pada masa akan datang hanya ada Bangsa Malaysia, bukan macam sekarang yang dibahagi pelbagia bangsa.

Malaysia Boleh!

Juga berharap anda akan membuang undi di bawah ini.


http://gomalaysian.blogspot.com

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese