13 September 2008

JANGAN MARAH PADA MAT SABU DAN CIKGU PA

Assalamualaikum,

Mereka adalah ahli politik veteran yang dapat membaca lipatan politik dua tiga langkah terkehadapan. Apabila digembar gemburkan Anwar Ibrahim hendak membentuk kerajaan alternatif, orang PAS dua orang ni dah nampak di mana kedudukan PAS nanti dalam kerajaan tersebut sekiranya dibentuk. Sebab itu nada mereka berdua ni macam tak restu aje political engineering yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Saya mempunyai perasaan sama dengan dua orang ni. Sama, tetapi tak serupa.

Samada kerajaan Anwar dibentuk atau tidak, yang dua orang ni memang tak ada peluang nak pegang jawatan penting, tetapi ada juga dipihak PAS tersembul riak riak yang mengejar ghanimah. Atau mungkin ada pemimpin PAS yang terliur dengan tawaran awalan yang dibuat sehingga dapat dihidu oleh pihak pihak yang sememang suka membuat kacau. Kalau tidak masa kan beriya iya label yang dikaitkan dengan personaliti Turki dipromosi habis habisan.

Usah risau
Saya rasa Mat Sabu dan Cikgu Pa tidak perlu risau sangat. Kerajaan Anwar tu viable. Tolak Ibrahim Ali, agaknya ZN dan mungkin 1 lagi, selainnya saya rasa mahu berusaha tumbangkan BN. Kalau kerajaan baru ini dibentuk memang PAS berada ditempat duduk penumpang. Tetapi pilihan yang ada ialah berada dalam kenderaan tersebut lebih baik daripada ditinggalkan di tepi jalan.

Hamirdin Ithnin

1 comment:

Anonymous said...

tak payah banyak cakap lagi lah.Action speaklouder than words. Semua orang dah tahu. suruh aje cikgu pa itu ambil borang masuk amno ikut si ezam tu. Pas akan lebih berjaya dengan keluaran nya dari parti. Buat susah aje dia ni.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese