26 September 2008

Ijtima’ Perantau Sempena Idulfitri

KUALA TERENGGANU, 26 Sept – Semua anak Terengganu yang merantau ke luar negeri Terengganu (Perantau) di jemput hadir ke program Ijtima’ sempena Idul Fitri yang akan diadakan pada 4 Syawal di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

“Samada mereka yang bekerja atau yang masih belajar atau apa-apa jua yang mereka lakukan, sekiranya pulang ke Terengganu untuk berhari raya, jemputlah ke program Ijtima’ tersebut,” kata Timbalan Pengarah Ijtima’, Mohd Ghazali Abu Bakar, atau yang lebih dikenali dengan panggilan Alga (Gambar atas).

Menurut beliau program Ijtima’ sempena IdulFitri ini adalah merupakan program tahunan PAS Terengganu yang bertujuan menghimpunkan Perantau anak Terengganu bagi merapatkan ukhuwwah dan silaturRahim disamping mengemaskinikan berita dan maklumat berkenaan diri masing-masing, keluarga serta hal ehwal semasa.
“ InsyaAllah, pada tahun ini, sekali lagi program Ijtima’ ini akan diadakan yang dianjurkan bersama oleh Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat dengan kerjasama PAS Negeri Terengganu dan juga Kelab Perantau Terengganu,” jelas Alga yang dihubungi Buletinonline dipejabatnya hari ini, Khamis, 29 September.
Beliau berkata program yang bermula jam 8.00 pagi dan akan berakhir pada jam 1.30 tengahari itu akan turut disertai oleh beberapa pimpinan PAS Terengganu dan Tetamu Kehormat yang hadir adalah Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
“Tok Guru akan turut bersama kita dan semua Perantau, akan berucap dalam majlis perasmian, selain Pesuruhjaya Dato’ Mustafa Ali yang akan mengetuai saf kepimpinan PAS negeri dalam sesi ramah mesra,” jelas Alga lagi.
http://buletinonline.net/images/berita11/nasir.jpgAdalah dijangkakan seramai 500 orang akan hadir dalam Ijtima’ sempena IdulFitri pada tahun ini memandangkan suasana politik dan ekonomi yang tidak menentu dan juga isu-isu semasa yang tidak kurang panasnya di negeri Terengganu, tambah beliau.
Sehubungan dengan itu Setiausaha Ijtima’ Ustaz Mohd Nasir Abd Karim (Gambar kanan) memaklumkan supaya semua Perantau yang berhajat untuk hadir digalakkan untuk mendaftar lebih awal bagi memudahkan pihak urusetia mengendalikan majlis.

Beliau berkata pendaftaran boleh dibuat dengan menghantar e-mel kepada dppnt@yahoo.com dppnt@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya dan sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada beliau di nombor 013-9229 463 atau kepada saudara Alga di nombor 013-9332 304.
Bagi Perantau di Lembah Kelang boleh menghubungi Setiausaha Perantau, Suhaimi Embong, di nombor 019-218 307 -buletinonline

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese