30 September 2008

Idris Jusoh Tolak Abdullah - Malaysiakini

Besut - Belum pun mengadakan mesyuarat Bahagian, UMNO Bahagian Besut tidak sabar-sabar lagi untuk mencalonkan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO pada mesyuarat perwakilannya yang ditunda Mac depan.

Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh yang juga Ketua UMNO Bahagian Besut mendakwa cadangan tersebut dibuat oleh sebahagian besar perwakilan yang akan menghadiri mesyuarat bahagian sebagaimana mana laporan media perdana.

Oleh yang demikian, dengan cadangan itu mengesahkan desas-desus Idris mempunyai masalah dengan Abdullah, Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang melantik dan juga memecat beliau sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu.

Bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO, katanya, pergerakan bahagian itu akan mencalonkan Exco Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir yang juga Ahli Parlimen Jerlun pada mesyuarat perwakilan Pemuda.

Sementara itu, semua jawatan utama dalam UMNO Bahagian Besut iaitu ketua, timbalan dan naib tiada pertandingan selepas pengesahan calon ditutup kelmarin.

Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih menang tanpa bertanding, manakala jawatan timbalan bakal diisi Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad selepas penyandang jawatan yang juga Ahli Parlimen Besut, Datuk Dr Abdullah Md Zin menarik diri. - Buletin Online

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese