Dua parti komponen di Semenanjung mengadakan satu mesyuarat rahsia secara bersama pada malam 3 September 2008, untuk mengkaji kedudukan mereka dalam Barisan Nasional (BN) mutakhir ini.
.
Mesyarat itu diadakan dalam kerancakan ura-ura Pakatan Rakyat (PR) akan menubuhkan kerajaan pusat pada 16 September 2008 ini.
.
Oleh itu, mungkinkah kedua-dua komponen ini akan meninggalkan BN dan seterusnya menganggotai PR menjelang 16 September 2008?
.
Seorang pembesar UMNO bila dimaklumkan mengenai mesyuarat berkenaan memberikan komen berikut: “nampaknya menang sesuatu yang serius sedang berlaku. Mungkinkah UMNO akan ditinggalkan keseorangan?
.
”Sejak PRU 12 Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kelihatan complacent mengenai kesetiakawanan dan keakraban komponen BN.
.
Sejak Mac 2008 hingga ke hari ini BN masih dalam keadaan “terkejut” akibat kekalahannya di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
.
Biarpun begitu, Abdullah masih terus berdolak-dalik mengenai post-mortem untuk memperkasakan semula BN.
.
Lantaran itu, banyak pihak beranggapan bahawa kekalahan BN dalam PRK Parlimen Permatang Pauh tempoh hari adalah kesan dan bukti kepada kelemahan BN dan pucuk pimpinan tertingginya pada ketika ini.
.
No comments:
Post a Comment