Abdullah akan umum keputusan pertahankan jawatan Presiden UMNO sebelum 9 Oktober
KUALA LUMPUR 26 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan mengumumkan sama ada akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu sebelum persidangan perwakilan bahagian bermula pada 9 Oktober ini.
Perdana Menteri bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini.- Bernama
http://www.utusan.com.my
Peralihan kuasa diawalkan
Abdullah juga berkata, beliau akan mengumumkan sama ada mempertahankan jawatannya ataupun tidak sebelum 9 Oktober ini.
“Bertanding atau tidak, keputusan di tangan saya,” katanya lagi.
Kata beliau, keputusan itu dicapai ekoran langkah mempercepatkan pelan peralihan kuasa 2010, yang diputuskan Julai lalu.
Pelan peralihan kuasa sepatutnya berkuat kuasa Jun 2010.
Ditanya lanjut mengenai pelan peralihan kuasa 2010, Abdullah berkata: “Kalau sudah diawalkan tidak timbullah (pelan) 2010 itu.”
Mstar
Sebenarnya Tiada Apa Yang Istemewanya Hari Ini…
Tetap Dengan Pendiriannya tak mahu melepaskan jawatan.. Masih tak faham-faham lagi ke Najib
No comments:
Post a Comment