APA AKAN JADI PADA ABDULLAH, NAJIB ATAU MUHYIDDIN PADA 18 SEPTEMBER 2008
Di bawah ini adalah sedutan daripada satu posting terkini dalam portal berita The Malaysian Insider – portal baru yang dengar khabarnya dikendalikan oleh seorang bekas tokoh utama NST dan sahabat kepada Kalimullah Hassan.
Portal berita ini sering membawa ulasan berita berasaskan sumber-sumber dalaman yang dipercayai rapat dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Berita ini menyatakan Majlis Tertinggi UMNO akan bermesyuarat pada 18 September 2008 dan agenda utamanya adalah mengenai tempoh peralihan kuasa.
Oleh itu, berita di bawah ini perlu difahami dan dikaji sedalam-dalamnya oleh seluruh warga UMNO. Berita ini menimbulkan pelbagai pertanyaan. Antaranya adalah:
Satu: Adakah Datuk Seri Najib Razak akan endorse kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tempoh peralihan kuasa dipercepatkan? Kalau ini berlaku, adakah ini bermakna Abdullah akan didesak menyerahkan kuasa kepada sesiapa sahaja dalam tempoh terdekat ini?
Dua: Adakah Najib akan terus akur dengan tempoh peralihan kuasa pada 2010? Kalau ini berlaku, adakah Muhyiddin pula akan dikenakan tindakan disiplin, sama ada dipecat daripada Kabinet dan/atau digantung kehaliannya dalam UMNO?
Tiga: Apa akan terjadi kepada UMNO jika salah satu kemungkinan di atas jadi kenyataan? Warga UMNO akar umbi akan sokong?
1 comment:
Najib has no balls. So dia akan akur kpd kepimpinan Pak Lah - kerana terlalu banyak bukti muslihat Najib ditangan Pak Lah. Ahli-ahli UMNO seperti lembu yang di ikat hidung akan ikut sahaja. adalah yang akan bising sini sana tapi lepas di jamin contract senyap le. Itu lah gaya budaya UMNO. Mana ada prisip atau perjuangan - hanya politic perut.
Post a Comment