08 September 2008

Antara Dua Darjat dan Gelagat

Melalui rakaman yang mungkin dibuat oleh seorang penyokong PR semasa hari mengundi di by-election Permatang Pauh, kita boleh saksikan gelagat dua kumpulan penyokong PR dan BN.
Mungkin penyokong BN sudah serasi dengan aksi punggung sepanjang piliharaya kecil ini maka mereka memang tidak segan silu untuk menayangkan aksi menonggeng walaupun mereka tahu ia sudah pasti dilihat oleh orang ramai yang lalu-lalang sepanjang jalan tersebut.

Bayangkan, jika aksi tersebut dilihat oleh anak-anak kecil yang baru belajar tentang erti kehidupan, apa agaknya yang akan ditafsirkan oleh mereka.

Harapan saya, selepas daripada piliharaya kecil tersebut, para pelakon aksi tonggeng di Permatang Pauh ini akan menghentikan gelagat mereka. Manalah tahu, apabila sudah terbiasa membuat aksi yang sama setiap hari seperti itu, ia akan terbawa-bawa sampai kerumah dan ke tempat kerja.

Nanti, bila marah pada anak dan isteri mereka akan membuat aksi menonggeng, bila geram dengan bos di pejabat pun mereka akan membuat aksi menonggeng dan bila kecewa tentu akan frust menonggeng.

Cukup-cukuplah, Polis Kata Jangan…

- Khairul Faizi Ahmad Kamil

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese