![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj2FYtylUajmONQeIF5qQUlr6TZU5aEsZgjn_frlFGB34lS6B3knkgAXthNgc4-kFeqGr1xgFf_gxj3Zv32qREYpS1FLHwYxoXvznPeL8hjBT9zOBOCzvmlDmv1CTT3xEjOIash6HU0FawK/s200/khasam1_april5.jpg)
.
Anwar pun tak pernah mendakwa dirinya seorang Ahli Nujum ataupun Wali maka saya tak nampak apa masalahnya. Ada yang menghebohkan isu tarikh ini seolah-olah sekiranya ianya tidak tercapai maka terbukti Anwar penipu dan pembohong. Dakwaan itu benar sekiranya Anwar tidak berusaha ke arah tercapainya sasaran yang diinginkan. Sekiranya berusaha tetapi gagal, tidak bererti dia bohong, hanya dia gagal buat masa itu. Namun usaha pasti akan diteruskan dan kalau bukan 16hb mungkin 17 atau 18 atau 19 atau 30 September.
.
Tidak mencapai sasaran tidak boleh dikatakan berbohong. PAS sendiri banyak kali menyatakan akan mencapai kemenangan di sini dan di situ, siap dengan tema seperti PINTAS untuk Selangor dan sebagainya. Kita pernah menyatakan kita akan tawan Selangor pada 2004 tetapi gagal. Adakah bererti kita berbohong? - Read More! (Selanjutnya)
No comments:
Post a Comment