08 August 2008

Syed Hamid: Anwar bukan ancaman - Malaysiakini

Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar shares his views on several issues with MStar News Editor G. Manimaran during his first official visit to Menara Star.
.

MStar interviews Syed Hamid - Part 2

Syed Hamid: Anwar bukan ancaman tapi menyusahkan suara majoriti

PETALING JAYA: Kerajaan tidak menganggap Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara tetapi "dia membawa kesusahan kepada golongan teramai", kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.
.

"Saya tidak fikir dia (Anwar) ancaman tapi dia membawa kesusahan kepada golongan teramai (majoriti) yang perlu (juga) kita memberikan perlindungan.
.

"Kalau dia buat yang ini... dia orang ternama, dia seorang watak yang mempunyai kuasa untuk beretorika dengan publik, berinteraksi dengan publik secara meluas, kita kena menentukan bahawa dalam cara dia bertindak, dia tidak menyusahkan orang lain," kata beliau dalam temu bual khas sempena lawatan ke Kumpulan The Star hari ini.
.

Syed Hamid menambah, kerajaan tidak bimbang untuk menghadapi ancaman politik kerana kedudukan politik adalah normal.
.

"Hari ini orang ini berkuasa, esok orang lain berkuasa. Itu tidak menjadi getaran," kata beliau.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese