PENULIS BLOG PERLU PROFESIONAL
KAJANG 30 Ogos - Kementerian Dalam Negeri menasihatkan penulis-penulis blog di negara ini agar bersikap lebih profesional dan bertanggungjawab dalam penulisan mereka di laman web masing-masing. Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, jika mereka tidak menitikberatkan soal kesahihan dan tanggungjawab dalam penulisan, ia bakal mengundang pelbagai perkara yang tidak diingini.
Selain itu, kata beliau, penulis-penulis blog tidak sepatutnya menimbulkan ketakutan dalam masyarakat dengan penyebaran berita provokasi yang tidak berasas kerana ia boleh menghuru-harakan negara.
Jelasnya, jika penulis blog ingin mengkritik mengenai sesuatu perkara, biarlah ia sesuatu yang betul dan mempunyai alasan yang berasas serta kukuh.
Kah kah kah ….. penulis blog juga minta menteri jadi profesional ….. jangan suka klentong… ..kah kah kah
Kah kah kah….penulis blog minta menteri jadi profesional …… beli kapal selam nak buat apa?
Kah kah kah…. penulis blog minta menteri jadi profesional ……. bila nak bentangkan laporan belanjawan SUKOM 98 pada parlimen…. Dah sepuluh tahun…pasal apa lambat sangat?Kah kah kah….penulis blog minta menteri jadi profesional ….. duit Pewaja 10bilion ringgit siapa songlap? Kah kah kah….
Kah kah kah….. penulis blog minta menteri jadi profesional …..apa jadi dengan projek buat kapal 5billion ringgit di Lumut? Berapa kapal dah siap? Kak kah kah
Jangan sumpah sumpit lada api, Perut buncit dapat rasuah lagi
No comments:
Post a Comment