05 August 2008

Release denied even after court order - Malaysiakini

Family members of two in police custody submitted a memorandum to the Human Rights Commission (Suhakam) today accusing the police of power abuse and contempt of court.

.
Polis didakwa 'berniat jahat'
Enam orang lelaki terus ditahan oleh polis walaupun dua majistret di mahkamah berasingan telah memerintahkan mereka dibebaskan segera.

Mahkamah majistret pada 31 Julai telah mengarahkan keenam-enamnya dibebaskan dari ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya setelah setelah direman empat hari atas siasatan kes berhubung penculikan.

Bagaimanapun mereka dipindahkan ke IPD Klang pada hari yang sama dan dibawa ke depan majistret atas siasatan berhubung rompakan berkumpulan.

Majistret Klang juga mengarahkan mereka dibebaskan. Mereka kemudian dipindahkan sekali lagi ke IPD Petaling Jaya dan ditahan bawah Ordinan Darurat yang membenarkan penangkapan sehingga 60 hari tanpa dibawa depan majistret.

Dua di antara mereka Al-Amin Zulkernain dan Samuel Raj Sivajothi membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) petang ini berhubung dakwaan "salah guna kuasa polis" dan tindakan pasukan itu yang dianggap "berniat jahat" (mala fide).

> Polis didakwa hina mahkamah, salahguna kuasa

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese