Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz mungkin menghadapi tuduhan melanggar perlembagaan parti dari ahli-ahlinya sendiri apabila bekas ketua pergerakan itu, Tan Sri Aishah Ghani menegaskan, perlembagaan Umno tidak membenarkan Ketua Wanita melantik penggantinya secara terus, sebaliknya ia perlu dilakukan oleh perwakilan ketika pemilihan pergerakan.
.
Seolah-olah mengingatkan Rafidah tentang sejarah pemilihannya sebagai Ketua Wanita Umno dahulu, Aishah berkata:
Seolah-olah mengingatkan Rafidah tentang sejarah pemilihannya sebagai Ketua Wanita Umno dahulu, Aishah berkata:
.
''Ketika saya ingin menyerahkan jawatan ini kepada Rafidah pada 1984, saya mengumumkannya beberapa bulan sebelum pemilihan bagi membolehkan beliau dipilih oleh perwakilan secara sah dan bukannya selepas itu.
.
''Langkah ini dibuat kerana perlembagaan parti tidak membenarkan Ketua Wanita melantik penggantinya secara terus, sebaliknya ia perlu dilakukan oleh perwakilan ketika pemilihan pergerakan''.
.
Veteran Umno itu menggesa Rafidah menyerahkan teraju kepimpinan sayap itu kepada Naibnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada pemilihan parti Disember ini.
.
Menurut Aishah, adalah lebih elok proses tersebut dipercepatkan kerana penyerahan jawatan selepas pemilihan adalah sesuatu yang luar biasa dan tidak pernah dibuat sebelum ini.
.
Beliau berkata, langkah itu jika diteruskan akan menyebabkan Shahrizat hanya menjadi pemangku sehingga pemilihan pergerakan yang akan datang. Lagi,
.Pautan berita Malaysiakini; VoxPop: No-contest for Rafidah? Why?, Wanita: Rafidah umum undur 2009
No comments:
Post a Comment