01 August 2008

Ptg Pauh 'agak sukar' bagi BN - Malaysiakini

Pengerusi BN Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mengakui Permatang Pauh kubu kuat PKR dan "pilihanraya kecil ini agak sukar bagi BN.
.
"Koh, yang juga pemangku presiden Gerakan, berkata analisis BN telah meramalkan kira-kira sebulan yang lalu bahawa perkara ini akan berlaku.
.
Dalam kenyataannya kepada Bernama, bekas ketua menteri itu, menambah kerusi parlimen tersebut "memang merupakan kubu kuat Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memenangi kerusi itu pada 2004 walaupun ketika itu populariti BN berada di kemuncaknya."
.
"Memang telah djangka beliau akan memilih Permatang Pauh.
.
"Kerusi-kerusi lain yang disebut hanya satu taktik untuk mengelirukan. Pilihan raya kecil ini agak sukar bagi BN.
.
"Kami perlu berjuang dalam pilihan raya kecil ini dengan jujur, secara terhormat dan dengan penuh rendah hati. BN Pulau Pinang perlu melakukan yang terbaik.
.
"Hanya dengan cara itu kami akan mendapat penghormatan dan sokongan orang ramai," Koh dilaporkan berkata. LAGI
.
Apa Kata Menteri ?

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese