02 August 2008

Pirdaus: Sukar bagi calon BN, PKR - Malaysiakini

Datuk Pirdaus Ismail, calon BN yang tewas dua kali di Permatang Pauh, berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menang mudah apabila bertanding pada pilihan raya kecil tidak lama lagi.
.
Pirdaus menambah, peluang mana-mana calon untuk memenangi kerusi itu sukar diramal berikutan perubahan senario politik di Pulau Pinang selepas pilihanraya umum 8 Mac lepas.
.
"Kenapa saya katakan tidak mudah bagi Anwar, dan juga sukar kepada BN adalah kerana dahulu kita (BN) memerintah negeri ini. "Mereka menilai kita dan jadi pembangkang. Sekarang ini mereka jadi kerajaan dan kita pula menilai mereka dan jadi pembangkang.
.
"Saya yakin rakyat tahu apa yang terbaik untuk mereka dan Umno telah bersiap sedia. Pilihan raya kali ini bukan satu perkara mudah. "Rakyat menilai mereka dan rakyat juga menilai kita," kata cxco Pemuda Umno itu kepada Bernama. LAGI
.
Wan Azizah & Datuk Pirdaus Ismail (26 Feb. 08)

1 comment:

Anonymous said...

Jangan risau En Pirdaus. Kalau kamu dipilih oleh BN lawan Anwar, kamu akan dapat lebih banyak WANG untuk belanja kempen.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese