29 August 2008

Pakatan Rakyat Kini Semakin Kukuh, Dua AP Terengganu Mungkin Lompat

Kuala Terengganu – Dengan kembalinya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen, Pakatan Rakyat (PR) menjadi lebih kukuh dengan membentuk satu gabungan lebih yang kuat.
.
Kelmarin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Wan Abd Muttalib Embong mencadangkan agar PAS, PKR dan DAP berbincang dengan lebih serius mengenai perkara tersebut demi kebaikan ketiga-tiga parti itu dan lima negeri naungannya.
.
Menurut beliau, cadangan itu dibuat bagi membolehkan setiap keputusan atau apa juga tindakan yang diambil oleh PR selepas ini dapat diselaraskan di semua negeri yang diperintah pembangkang agar keliha-tan lebih selari.
.
Justeru, cadangan Wan Muttalib tersebut telah mula kelihatan dengan pertemuan pertama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang telah diadakan di Pejabat Ketua Pembangkang Tingkat 14, Bangunan Parlimen semalam ini.
.
Pertemuan tersebut telah dipengerusikan oleh Anwar telah dihadiri oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi DAP Karpal Singh.
.
Pertemuan tersebut menegaskan kembali pendirian parti-parti yang bergabung di bawah Pakatan Rakyat untuk memperkukuhkan semangat kerjasama masing-masing.
.
Dalam perkembangan yang sama, dua anggota parlimen dari negeri Terengganu mungkin akan melakukan lompatan, berhijrah meninggalkan Barisan Nasional dan menyertai Pakatan Rakyat.
.
”Bahkan saya juga terdengar, bahawa kalau ada yang menyeberangi masuk Pakatan Rakyat, maka ada ahli-ahli parlimen negeri Terengganu juga paling kurang dua orang, akan melompat masuk Pakatan Rakyat, “kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar ketika berucap di Kampung Tanjung Sabtu semalam. Buletin Online

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese