Akta ‘DNA’ : Suratan Atau Kebetulan?
Pak Lah minta agar akta DNA yang dibentangkan semalam di Dewan Rakyat supaya jangan dipolitikkan. Itu permintaan Pak Lah dan permintaan ini ditujukan kepada semua, tidak kiralah siapa pun mereka. Bagi Pak Lah, akta ini merupakan satu pendekatan penting untuk membasmi jenayah yang semakin berleluasa di Malaysia ini.
.
Nampaknya, pemerintah sudah hilang punca untuk menyelesaikan masalah jenayah yang menjadi musuh nombor satu negara. Kes culik, kecurian, rompakan, ragut, culik, bunuh, rogol dan pelbagai jenis jenatah sudah tidak dapat diatasi lagi. Seolah-olahnya tiada jalan lain untuk menyelesaikan masalah ini. CCTV telah diarahkan dipasang dipelbagai lokasi namun kes ragut dan culik terus meningkat.
.
Akhirnya, kerajaan terpaksa memutuskan agar Akta DNA perlu digubal untuk mengatasi masalah jenayah di Malaysia. Kebetulan, akta ini digubal selepas DSAI tidak mahu menyerahkan DNAnya dalam isu liwat yang sedang dihadapi oleh DSAI.
.
Pada pandangan saya, tidaklah salah jika pemerintah menyebut bahawa akta ini digubal berpunca daripada keengganan DSAI menyerahkan DNAnya untuk dianalisa kerana setidak-tidaknya nampaklah sebab-sebab utama akta ini terpaksa dibuat namun dengan penafian yang dibuat oleh Pak Lah ini menggambarkan betapa lemahnya pemerintahan beliau.
.
Apa yang pasti, rakyat tetap akan melihat bahawa penggubalan akta DNA ini adalah berpunca daripada keengganan DSAI menyerahkan DNAnya sebelum ini.
Pautan Malaysiakini: Akta DNA 'kebetulan' dengan kes Anwar
No comments:
Post a Comment