05 August 2008

Mufti Perlis: Kepimpinan Negara - Malaysiakini

Pandangan Mufti Perlis terhadap kepimpinan negara (10 Jul. 08)

Mufti Perlis akui ditawar jadi calon Permatang Pauh

PUTRAJAYA 4 Ogos – Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengakui telah ditawarkan menjadi calon pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Mohd. Asri menolak tawaran itu secara baik kerana berpandangan beliau sudah selesa dengan bidang keagamaan yang diceburi.
“Ya, saya memang orang Permatang Pauh dan memang banyak pertanyaan supaya saya menjadi calon di Permatang Pauh tetapi saya tidak minat.

“Cukuplah, bagi pada orang politik lainlah. Saya tidak mahu tambah kekusutan politik yang ada... lagi pun ini (politik) bukan medan saya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Mohd. Asri ditanya pandangannya sama ada beliau mahu mengikut jejak beberapa pemimpin agama sebelum ini untuk menyertai politik termasuk menjadi calon menentang Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Malaysiakini 4/8/08 : BN tidak beri Anwar menang percuma

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese