PAS: Forum cetus ketegangan agama
PAS bimbang forum dampak pertukaran agama anjuran Majlis Peguam hujung minggu ini boleh "mencetuskan syak wasangka dan ketegangan hubungan antara penganut Islam dan penganut pelbagai agama dalam negara.".
"Dan ini sudah pasti akan menjejaskan keharmonian negara dan akan merugikan semua pihak," kata presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
.
Beliau mengulas siri bantahan beberapa pihak termasuk menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar terhadap forum tentang dampak pertukaran agama seperti kes R Subashini dan S Shamala.
.
Majlis Peguam bercadang membahaskan dua kes itu dalam forum bertemakan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, Sabtu ini.
.
Abdul Hadi, yang juga ahli parlimen Marang menambah, PAS sekeras-kerasnya membantah hasrat Majlis Peguam dengan alasan "isu-isu berkaitan dengan hak dan kepentingan Islam adalah seasuatu yang mutlak" seperti dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh setiap negeri.
.
The Bar Council wishes to address some concerns that have been raised in relation to the Forum “Conversion to Islam: Article 121(1A) of the Federal Constitution, Subashini & Shamala Revisited” which is scheduled to take place on 9 August 2008.
.
3 comments:
Presiden PAS ketinggalan.......sudah ader pun syak wasangka antara pelbagai agama di negara ini sejak peristiwa- peristiwa diatas berlaku tanpe ape ape protes oleh kerajaan.
Forum ini hanye satu sambungan dari syak wasangka yang di mulakan oleh peristiwa peristiwa diatas...
Kalau org Christian curi bangkai org Islam yang masuk Christian, adekah org Islam akan duduk diam ? Org Islam takkan aderkan forum ? Mungkin tidak........negara akan huru hara kalau terjadi ke atas org Islam......
Tapi klu org lain....It's OK !
Let them have the forum.....apakah wakil dari Mahkamah Syariah tidak dapat mempertahankan pendirian mereka ?
Ini satu perbincangan sahaja, Hadi awang tak perlu panik
Kalau Abdul Hadi Awang dan Syed hamid Albar nak mempertahankan Artkel 1 [1A] , mereka harus hadir kat perbincangan itu untuk memberikan pandangan mereka.
Bincang sebagai orang dewasa Islam yang waras dan matang.
Post a Comment