02 August 2008

Lemah Arab punca al-Azhar batal MoU - Malaysiakini

Timbalan perdana menteri mendedahkan bahawa pembatalan perjanjian kerjasama antara Universiti al-Azhar dengan kesemua 20 kolej Islam di Malaysia akibat pencapaian rendah pelajar Malaysia, terutamanya penguasaan bahasa Arab.
.
Pembatalan itu dibuat oleh majlis tertinggi al-Azhar yang dipengerusikan oleh al-Imam al-Akhbar sendiri, kata Datuk Seri Najib Razak selepas merasmikan majlis pelancaran program khusus pelajar Malaysia ke Universiti al-Azhar.
.
Dalam ucapannya sebelum itu, Najib berkata tuduhan yang dibuat selama ini bahawa pembatalan perjanjian itu dibuat oleh kerajaan Malaysia merupakan "tuduhan yang meleset".
.
"(Kerjasama) itu Universiti al-Azhar yang batalkan. Sebab ada tuduhan kita membatalkannya. Universiti al-Azhar batalkan (perjanjian)," katanya.
.
Bagaimanapun, menurutnya, universiti tersohor dalam pengajian Islam itu telah "membuka ruang lain" supaya pelajar yang dihantar daripada kalangan pelajar-pelajar yang terbaik.
.
"Kita kena ambil langkah hantar pelajar yang terbaik. Universiti al-Azhar sudah bagi notis pada kita. Mereka tidak mahu (ambil) pelajar yang pencapaian mereka rendah," kata Najib.
.
Kelemahan penuntut Malaysia di luar negara itu, menurutnya, disebabkan sesetengah mereka menjadikan universiti itu sebagai "pilihan terakhir". LAGI
.
Amanah Raya Berhad sponsors twenty Muslim students

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese