30 August 2008

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang esok?

PETALING JAYA: Tinggal kurang 24 jam sasaran tarikh 31 Ogos yang diletakkan oleh Barisan Nasional (BN) Perak untuk mengambil alih kerajaan negeri Perak!
.
Adakah ia akan menjadi kenyataan esok?"
.
Saya menunggu tarikh itu (31 Ogos). Ia Merdeka bagi kita semua," kata Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Ipoh hari ini.
.
"Pada 31 Ogos, Pakatan Rakyat akan tetap mempunyai 31 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan kami akan menyambut hari kemerdekaan yang sebenar," tambah beliau.
.
Menteri Besar itu menekankan, esok sebenarnya merupakan hari kemerdekaan yang sebenar bagi rakyat negeri Perak.
.
Pada pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, pembangkang yang terdiri daripada DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya membentuk kerajaan baru - kerajaan campuran - selepas menang 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala BN hanya mampu menguasai 28 kerusi. Pembangkang turut menang di 11 kerusi Parlimen manakala BN memperoleh 13 kerusi.
.
Awal bulan ini, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali melahirkan keyakinan bahawa kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu akan jatuh menjelang sambutan Hari Kemerdekaan yang jatuh esok.
.
Bulan lalu, beliau yang juga Pengerusi BN Perak mengharapkan lebih daripada dua ADUN Pakatan Rakyat akan menyertai BN.
.
Malah akhir bulan lalu, Tajol Rosli ada menawarkan jawatan Menteri Besar kepada PAS jika bersedia untuk membentuk kerajaan campuran dengan BN.
.
Nizar merupakan wakil PAS dan dilantik sebagai Menteri Besar.
.
Turut ditawarkan ialah tiga ataupun empat jawatan Exco kepada parti tersebut.
.
Selepas tanggal 31 Ogos, rakyat akan menanti sama ada sasaran Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mencapai tarikh 16 September membentuk kerajaan baru persekutuan akan menjadi kenyataan. - mStar Online

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese