KUALA LUMPUR - Debat terbuka antara Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan tetap diadakan.
.
.
Ia akan dianjurkan portal berita Agenda Daily pada 20 Ogos di Shah Alam, dengan lokasinya akan diumumkan kemudian.
.
.
Debat itu yang akan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen milik Kumpulan Media Prima, akan menyentuh mengenai pelbagai isu semasa dengan menumpukan kepada isu di Pulau Pinang, termasuk isu 'kontroversi penipuan tanah' yang sedang dibicarakan di mahkamah.
Tsu Koon
.
Tsu Koon
.
"Kedua-dua pihak bersetuju dengan lokasi itu (Shah Alam). Mereka bersetuju yang debat itu diadakan dalam Bahasa Malaysia, berdasarkan format debat Presiden AS dan Datuk Johan Jaaffar sebagai perantaranya," kata editor berita Agenda Daily, Hanafiah Man kepada Bernama semalam.
No comments:
Post a Comment