29 August 2008

Anwar temui MP BN Sarawak bincang sertai Pakatan Rakyat

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan sekumpulan Ahli Parlimen dari Sarawak dipercayai antara lain membincangkan strategi mereka menyertai Pakatan Rakyat.
.
mStar Online difahamkan pertemuan itu diadakan di ibu negara lewat petang semalam.
.
Sumber memberitahu, dalam pertemuan tersebut memfokus beberapa langkah yang perlu diambil untuk menyertai Pakatan Rakyat."Ada sekumpulan wakil rakyat (BN) telah menemui beliau (Anwar), dalam lingkungan 10 orang... beberapa perkara dibincangkan," kata beliau hari ini.
.
Sumber itu tidak menolak penyertaan ahli-ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat akan berlaku dalam waktu terdekat.
.
Pertemuan itu diadakan beberapa jam selepas ahli-ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak mengisytiharkan taat setia mereka akan bersama BN pada sidang media bangunan Parlimen.
.
Semalam Anwar, bekas Menteri Kewangan dan bekas Timbalan Presiden Umno mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh Selasa lalu. mStar Online
Hanya seramai 20 Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak SAHAJA , yang hadhir dan mengadakan sidang akhbar bersama menyatakan pendirian mereka yang setia dengan Barisan Nasional di lobi Parlimen, semalam.Kalau dikira betul – betul , jumlah Ahli Parlimen di Sabah ialah seramai 25 orang, 24 daripada BN dan 1 DAP , manakala di Sarawak seramai 31, iaitu 30 BN dan 1 DAP.
.
Yang mampu hadhir dalam sidang akhbar di Parlimen hanya lah 20 orang SAHAJA, jadi dimana lagi 34 orang Ahli Parlimen dari BN , tidak termasuk 2 dari DAP ?
Adakah benar 34 orang yang tidak hadhir itu adalah jumlah yang akan berhijrah ?
.
Utusan Malaysia Online: Taat Setia
.
PETALING JAYA: Dilihat sebagai amaran kepada pihak-pihak yang cuba untuk membentuk kerajaan persekutuan menggunakan jalan belakang, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengingatkan agar tidak merampas kuasa yang diberikan oleh rakyat secara tidak sah.
.
Ketika membentangkan ucapan Bajet 2009 di Parlimen hari ini, Abdullah tidak merujuk dengan khusus mana-mana pihak tetapi pemerhati politik melihat ia menjurus ke arah Pakatan Rakyat yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim.
.
Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri kembali ke Dewan Rakyat semalam selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh Selasa lalu.
.
Bekas Menteri Kewangan itu telah berulang menegaskan akan membentuk kerajaan menjelang 16 September ini.
.
mStar Online difahamkan semalam beliau mengadakan pertemuan dengan sekumpulan Ahli Parlimen dari Sarawak di ibu negara - kira-kira lapan jam selepas mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat. -mStar Online

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese