Anwar Angkat Sumpah Selepas Doa
Anwar angkat sumpah MP esok
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan pagi ini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli parlimen baru Permatang Pauh, akan mengangkat sumpah esok.
Anwar kembali ke dewan yang mulia itu selepas 10 tahun apabila meraih kemenangan besar malam tadi dengan menewaskan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah sebanyak 15,671 undi.
Mantan menteri kewangan itu, dipercayai akan terus dilantik sebagai Ketua Pembangkang esok, berdepan dengan rakan kabinet lamanya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pembentangan Bajet 2009.
Kemunculan bekas timbalan perdana menteri ini paling dinanti-nantikan oleh banyak pihak, khususnya selepas ura-uranya merancang pembentukan kerajaan baru menjelang 16 September ini.
No comments:
Post a Comment