04 August 2008

Anwar janji minyak RM2 seliter - Malaysiakini

Pautan berita Malaysiakini 1/8/08; Harga petrol ikut harga dunia mulai 1 Sept, akan diselaraskan harga runcit petrol berdasarkan harga pasaran dunia.
.
KLANG 3 Ogos - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini berjanji menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen jika pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan, hari ini membuat tawaran lebih manis apabila menjanjikan harga bahan bakar itu pada RM2 seliter.
.
Beliau yang bakal bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, menggunakan alasan harga minyak dunia yang semakin menurun untuk mengurangkan 20 sen lagi sekiranya berkuasa.
.
”Sekiranya hari ini kita dapat menubuhkan kerajaan, esok kita akan turunkan harga minyak kepada RM2 seliter, kita cadang turun 50 sen semasa harga minyak AS$135 setong, kini kita cadangkan 70 sen pula ketika harga minyak AS$125 dolar setong.
.
”Saya ambil pendekatan lebih realistik berdasarkan kajian Morgan and Stanley dan CERA (Cambridge Energy Research Associate) yang meletakkan ‘breakpoint’ AS$135 dolar setong dan sekarang akan turun atau stabil.
.
“Jadi kalau anda semua sayang kita, pakatan pembangkang menang, minyak RM2 seliter, anda sayang Barisan Nasional (BN) minyak RM2.70 seliter,” katanya.
.
Beliau berucap pada majlis penyerahan borang menyertai PKR oleh bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew dan 1,700 ahli baru di sini hari ini. Lagi.
.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese