Rakyat Johor sangat kesal dengan tindakan terbaru Singapura yang ingin menuntut pula kawasan perairan wilayah dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di sekitar Pulau Batu Putih yang baru sahaja dimenangi Singapura melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Mei yang lalu.
.
Tindakan Singapura ini dilihat seolah-olahnya mencabar kedaulatan Johor dan Malaysia amnya biarpun kedua-dua negara baru sahaja menyelesaikan masalah tuntutan Pulau Batu Putih dan Batuan Tengah.
.
Kerajaan Umno Barisan Nasional sudahpun hampir 51 tahun memerintah Malaysia dan tuntutan Singapura ini adalah petanda betapa negara jiran ini dengan mudahnya memperkotak-katikkan Malaysia melalui isu tanah Keretapi Tanah Melayu, penjualan pasir dan air, tambakan laut dan pengunaan ruang udara untuk latihan tentera dan banyak lagi.
.
Singapura menggunakan peruntukan Undang-undang Laut (UNCLOS) yang ditandatangani pada konvensyen 10 Disember 1982 dibawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan mendakwa mempunyai kawasan perairan wilayah sehingga maksimum 12 batu nautika dan EEZ yang konsisten dengan Konvensyen. LAGI.
.
Kroncong Batu Puteh.
No comments:
Post a Comment