23 July 2008

Raja Petra disaman RM2 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Hrkh) - Lt Kol. Abdul Aziz Buyong dan isterinya, Lt Kol. Norhayati Hassan hari ini telah memfailkan saman fitnah terhadap penulis blog Raja Petra Kamaruddin dengan menuntut ganti rugi RM1 juta setiap seorang.
.
Bernama melaporkan, pasangan itu menyaman pengendali laman web Malaysia Today itu kerana didakwa memfitnah mereka dalam akuan bersumpah berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
.
Writ saman itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Gan, Rao dan Chuah di Mahkamah Tinggi di sini.
.
Antara lain, pasangan itu turut memohon injunksi bagi menghalang Raja Petra mengulangi kenyataan berfitnah itu. - mks._

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese