Buletin Utama : 20.7.208
Kenyataan PM bertujuan pecahbelahkan PAS
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Harakah) - Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai perundingan dengan PAS bertujuan menabur benih perpecahan di dalam PAS yang mungkin mara mengambil alih tempat Umno pada masa depan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa.
.
Membidas kenyataan Perdana Menteri dalam sebuah akhbar harian hari ini, Exco kerajaan negeri Kelantan itu mengulangi penegasan bahawa PAS tidak mampu berpecah semata-mata untuk memenuhi impian Perdana Menteri mendapatkan 'keldai' korban yang boleh ditunggang, walaupun sementara.
.
Perdana Menteri hari ini menyatakan bahawa beliau telahpun tiga kali bertemu pemimpin PAS yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.
Husam sangkal kenyataan PM
Naib Presiden PAS itu berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu menabur benih perpecahan dalam PAS apabila menyatakan beliau telahpun tiga kali bertemu pemimpin peringkat tertinggi PAS.LAGI
> Abdullah memancing, hati-hati - Datuk Husam Musa
PAS mengaku bertemu dengan Pendana Menteri
Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
PAS tidak menafikan bahawa memang telah ada pertemuan antara pimpinan tertinggi parti dengan YAB Perdana Menterti yang juga selaku Presiden Umno, bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu.
Perjumpaan pertama dengan YAB Perdana Menteri berlaku sejurus selepas PRU ke 12 yang lalu yang melibatkan YB Ustaz Nasharudin Mat Isa Timbalan Presiden PAS, Dato' Mustapha Ali, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat dan YB Hj Abd Khalid Samad ahli parlimen Shah Alam.
Pertemuan ini telah pun dilaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak PAS.
Berikutan itu Majlis Syura Ulamak PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam.
Sehubungan dengan ketetapan itu pertemuan telah diadakan lagi di bangunan Parlimen yang melibatkan Timbalan Presiden PAS dan YAB Perdana Menteri, yang telah dilaporkan kepada saya dan Majlis Syura Ulamak.
PAS bersedia bagi menjayakan muzakarah dengan Umno ini demi kebaikan umat islam dan bangsa melayu di msia
20 Julai, 2008
DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden
Parti Islam Se Malaysia (PAS)
Kenyataan Media Presiden PAS (18 Jun 08)
2 comments:
There is a BIG VERY BIG difference if Pakatan and DSAI comes to power vs the current BeeEnd power structure and you should highlight it in your blog.
If DSAI ever comes to power, people should not worry, because DAP and PAS comes to power also as EQUAL partners. Lim Kit Siang and Tok Guru will not just let DSAI do as he wants.
This will truly be a check and balance govt. Likewise , PAS cant do as they want without angering DAP and also DAP cant do as they want without angering PAS. Because if any of the 3 walks out of Pakatan, Pakatan Rakyat will fall as the Govt. So , all 3 parties work together!
That is the difference vs DSAI 10 years ago when he was in BeeEnd.
In BeeEnd, everybody knows Badawi and Najis can do as they want. UMNO rules BeeEnd as Superme King. All the rest, MCA, MIC, Gerakan etc etc etc are just running dogs! That is why you have corruption galore!
That is the real difference between a Pakatan Rakyat Federal Govt and the current corrupt govt we have.
UMNO joing PAS.
Post a Comment