29 July 2008

PKR edar laporan perubatan Saiful - Malaysiakini


PKR mengedarkan laporan pemeriksaan terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menunjukkan tiada kesan pemuda itu diliwat.
.
Laporan sulit dua halaman daripada Hospital Pusrawi itu turut disertakan maklumat-maklumat tambahan yang menjelaskan beberapa istilah perubatan yang sukar difahami dan beberapa perkataan doktor itu yang tidak jelas.
.
Laporan itu diedarkan di sidang media Anwar di ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya hari ini berhubung isu tersebut.
.
Beliau mempertikaikan siasatan polis terhadapnya susulan pendedahan laporan perubatan tersebut dan menganggap laporan polis Mohd Saiful sebagai usaha terancang pihak berkuasa.
.
Laporan yang disahkan milik hospital swasta di Jalan Tun Razak itu mula beredar di internet sejak semalam. Sumber.
.
Dakwaan Dokumen Laporan Pemeriksaan Saiful

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese