16 July 2008

PERALIHAN KUASA, TAKTIK ABDULLAH REDAKAN TEKANAN

Berdepan pemilihan Umno, serangan Tun Dr. Mahathir, kepercayaan rakyat kepada Anwar dan kemarahan rakyat dengan kelemahan pentadbirannya.

Peralihan Kuasa 2010: Najib dapat cek kosong

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Hrkh) - Peralihan kuasa pada tahun 2010 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Badawi dilihat sebagai satu helah politik bagi menghadapi pemilihan Umno pada Disember ini setelah mendapati dirinya yang mungkin dicabar oleh timbalannya Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak atau Tengku Razaliegh.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat), Salahuddin Ayub berkata, taktik licik terbaru Abdullah Badawi yang kononnya menyetujui satu pelan peralihan kuasa antara beliau dengan timbalannya Najib Razak dilakukan pada 2010.
Katanya, pengumuman pelan itu adalah satu strategi untuk mengurangkan musuh sekaligus membolehkan Abdullah membentuk pasukan dengan Najib bagi berhadapan dengan Tengku Razaliegh.

Pemuda Umno sebulat suara kekalkan Pak Lah

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese