13 July 2008

PAS Besut bina pusat pengajian Islam bernilai RM2 juta

Ramli Yamat Sun Jul 13, 08 1:40:34 pm MYT
JERTIH, 13 Julai (Hrkh) - PAS Besut akan membina sebuah pusat pengajian Islam setinggi tiga tingkat bagi melahirkan lebih ramai hafiz melibatkan kos sebanyak RM2 juta. -->
.
Timbalan Yang DiPertua PAS Besut, Ustaz Nik Mohd Zawawi Haji Salleh berkata, bangunan terbabit akan dibina di atas tapak seluas dua ekar di kampung Tok Has, Jalan Kuala Besut akan dimulakan pembinaan tidak lama lagi.
.
Kelewatan pembinaan bangunan sebelum ini berpunca masalah teknikal dan sikap berdolak dalih syarikat perunding yang dilantik untuk mengemukakan pelan bangunan kepada Majlis Daerah Besut.
.
Syarikat itu gagal berbuat demikian kerana khuatir syarikatnya akan di senarai hitam kerajaan kerana membina bangunan milik PAS,? katanya ketika menjelaskan isu tersebut pada mesyuarat agung PAS Besut kali ke-49 di Dewan Haji Salleh, Pekan Alor Lintah, baru-baru.
.
Bagaimana pun kata beliau PAS Besut kemudiannya melantik sebuah perunding dari Kota Bharu bagi melaksanakan tugas tersebut dan setakat ini perkembangan semakin lancar.
.
Oleh itu katanya pembinaan bangunan tersebut akan dilakukan sebaik sahaja mendapat kelulusan pelan daripada pihak berkuasa tempatan.
.
Menurutnya peruntukan awal bagi membinanya dianggarkan melibatkan kos sebanyak RM200,000.
.
Menurutnya sumbangan bagi membeli tanah tapak bangunan tersebut diperolehi melalui sumbangan tokoh-tokoh korporat di Kuala Lumpur.
.
"Setakat ini PAS Besut belum lagi melancarkan punggutan derma di kalangan ahli dan penyokong di sini. Apabila pembinaannya bermula kita akan melancarkan dana tersebut," katanya.
.
Pusat Pengajian Islam Besut itu akan mengandungi bilik sembahyang di tingkat bawah, pusat tahfiz di tingkat satu dan empat gelanggang badminton tertutup untuk wanita di tingkat tiga. - mj _

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese