30 July 2008

Nik Aziz: Hudud, qisas jika PAS-Umno bersatu - Malaysiakini

Pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas menjadi satu daripada cadangan bagi PAS jika pergabungan antara parti itu dan Umno menjadi satu realiti, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Namun, bagi Menteri Besar Kelantan itu, cadangan pelaksanaan undang-undang itu yang mengikut lunas syariat Islam, akan dilakukan kemudian, selepas muqabalah (pertemuan) antara pemimpin kedua-dua parti mencapai persetujuan yang membawa kepada penubuhan satu entiti parti politik yang baru.

Sejajar dengan semangat muqabalah untuk membincangkan masa depan umat Islam di negara ini, beliau berkata perkara pertama yang perlu dilakukan adalah kerjasama Umno-PAS dalam membentuk parti baru perlu berlandaskan kepada Islam, termasuk melaksanakan hukum Hudud sebagaimana ditetapkan oleh agama. LAGI

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese