31 July 2008

Nik Aziz: Hudud, qisas jika PAS-Umno bersatu (2) - Malaysiakini

50 bincang isu rundingan PAS-Umno
Hampir 50 pemimpin atasan PAS bertemu hari ini bagi membincangkan dialog parti itu dengan Umno yang kini menjadi isu hangat sejak beberapa minggu - perbincangan khas pertama seumpama itu sejak pengakuan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang awal bulan ini.

Mesyuarat dua badan tertinggi parti itu - jawatankuasa pusat dan majlis syura ulama - dijangka memakan masa beberapa jam.

Pertemuan yang bermula jam 10 pagi di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur dijangka panas susulan beberapa cadangan kontroversi daripada mursyidul amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar dua parti itu dibubarkan dan Umno menerima pelaksanaan hudud jika mahu teruskan dialog.

Nik Abdul Aziz, yang juga menteri besar Kelantan, semalam berkata tawaran Umno untuk membentuk kerajaan campuran di Perak akan turut dibincangkan hari ini. LAGI

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese