KUALA TERENGGANU (mSTAR): Sejarah lebih tiga dekad yang lalu berulang? Umno dan PAS akan bersatu di bawah satu bumbung sebagaimana disaksikan awal 1970-an selepas pilihan raya umum 1969?
.
Jawapan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek ialah: "Ya."Justeru, kata beliau, penyatuan antara Umno dan PAS bukan sesuatu yang mustahil kerana kedua-dua parti itu pernah bersatu di bawah sebuah pakatan sebelum ini.
.
Sehubungan itu beliau menegaskan, apa yang lebih penting, kedua-dua parti itu perlu berbincang dengan hati yang ikhlas bagi memastikan penyatuan itu dapat memberi kebaikan kepada mereka.
.
"Insya-Allah... tiada apa yang mustahil kalau kita lihat kepada sejarah dahulu pun pernah waktu yang lebih runcing lagi pada 1969, akhirnya kita boleh wujudkan satu formula yang lebih besar iaitu pakatan yang dinamakan Barisan Nasional (BN), bersama PAS," kata beliau dipetik Bernama. LAGI.
No comments:
Post a Comment