15 July 2008

'Dragging army into politics': PAS Youth turns to King - Malaysiakini

PAS Youth today submitted a memorandum to the Agong protesting the government's move to "wrongfully drag the army into politics".

PAS: Jangan heret tentera ke kancah politik
Dewan Pemuda PAS hari mengemukakan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong membantah tindakan kerajaan 'mengheretkan tentera ke dalam kancah politik".

Memorandum tiga muka surat itu diserahkan ketuanya, Salahuddin Ayub kepada pegawai pentadbir kanan Istana Negara, Guli Tahir.

Yang di-Pertuan Agong adalah pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Dalam memorandum tersebut, Salahuddin menarik perhatian baginda terhadap siri latihan bersama di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ATM pada 2 Julai lalu.

Beliau juga merujuk kepada kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang dilaporkan sebagai berkata bahawa latihan bersama ini relevan "memandangkan kebelakangan ini erlaku beberapa insiden melibatkan ketenteraman awam, seperti demonstrasi, akibat tindakan beberapa pihak yang mempunyai agenda tersendiri". Lagi.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese