Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) tidak bersetuju dengan langkah kerajaan menaikkan harga tambang bas di seluruh negara."
Fomca mencadangkan sebarang pertimbangan untuk memberi bantuan kepada pengusaha bas harus mengutamakan insentif dari pihak kerajaan kepada pengusaha bas dan bukan sebarang kelulusan kenaikan kepada tambang bas," kata setiausaha agungnya Muhammad Sha'ani Abdullah ketika dihubungi Malaysiakini.
Menurutnya, antara insentif yang boleh ditawarkan kepada pengusaha bas termasuklah pengecualian cukai terhadap alat-alat gantian komponen bas dan subsidi caj untuk mengambil penumpang di terminal yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Untuk mengurangkan caj atau kos operasi, maka kerajaan boleh bayar kepada pihak berkuasa tempatan," kata Muhammad Sha'ani.
Menteri pembangunan usahawan dan koperasi Datuk Noh Omar semalam berkata, kerajaan bersetuju menaikkan tambang bas ekspres dan bas berhenti-henti di seluruh negara walaupun tidak 100 peratus seperti yang dimohon oleh Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia.
Kata Noh lagi, kenaikan itu tidak dapat dielakkan berikutan peningkatan kos operasi, termasuk harga diesel yang melonjak kepada RM1.43 seliter berbanding 71 sen seliter sejak kali terakhir tambang bas itu dinaikkan pada 2005. LAGI
No comments:
Post a Comment