27 July 2008

Bekas MB Terengganu Ambil Tindakan

Jawapan MB Terengganu isu masih menggunakan mercedes & Datuk Seri Idris Jusoh ambil tindakan isu Perdana V6

BPR Tahan Lapan Kereta Exco Kerajaan Terengganu
KUALA TERENGGANU, 27 Julai (Bernama) -- Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah menahan lapan buah kereta Proton Perdana V6 Executive exco dan pegawai kanan kerajaan Terengganu bagi membantu siasatan berhubung kos penyenggaraan kenderaan itu yang terlalu tinggi.

Pengarah BPR Terengganu, Sharuddin Sapian ketika dihubungi berkata empat daripada kereta berkenaan ditahan pada Khamis lepas manakala bakinya ditahan sehari kemudian.

Beliau, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai lapan kereta yang ditahan itu.

Semalam, Sharuddin berkata setakat ini sembilan individu telah dipanggil oleh BPR untuk memberi keterangan berhubung isu berkenaan.

Khamis lepas, pegawai BPR memulakan siasatan kes itu dengan mengambil dokumen dari pejabat Perbendaharaan Negeri diikuti tindakan sama di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman.-- BERNAMA

Proton Mula Bersuara Kes Perdana V6

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese