Azizah kosongkan kerusi Ptg Pauh
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengosongkan kerusi parlimen Permatang Pauh untuk membuka laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil untuk kerusi tersebut.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Wan Azizah berkata, beliau bagaimanapun kekal sebagai presiden PKR dan pengerusi Yayasan Aman Malaysia.
Wan Azizah berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatan tersebut hari ini kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Permatang Pauh dianggap sebagai kerusi yang selamat berdasarkan kepada keputusan pilihanraya umum lalu, Wan Azizah menang besar dengan majroti 13,388.
Beliau mendapatkan 30,338 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Datuk Pirdaus Ismail yang memperolehi 16,950 undi.. LAGI
Sah Anwar baertanding di Permatang Pauh
PRESIDEN KeADILan, Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini melepaskan jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan memberi laluan kepada suaminya yang juga Ketua Umum Anwar Ibrahim bertanding di kawasan berkenaan. keadilantv.
No comments:
Post a Comment