17 July 2008

Anwar bebas jaminan polis pagi ini

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dibawa polis ke Hospital Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Selepas ditahan polis lebih 18 jam Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan atas jaminan polis, kata peguamnya Sankara Nair.
.
Beliau dibebaskan kira-kira 9.30 pagi tadi. - mSTAR Online
.
Anwar dibebaskan dengan ikatjamin
Malaysiakini, Jul 17, 08 9:30am
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan pagi ini.
.
Beliau dilihat keluar bersama anggota keluarga dan peguamnya dengan kereta pada jam 9.45 pagi.
.
Beliau balik ke rumahnya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur dan dijangka mengadakan sidang akhbar pada jam 2 petang.
.
Anwar tidak menghadapi sebarang dakwaan tetapi diminta datang semula ke balai polis pada 18 Ogos depan.
.
Awal pagi ini,Sankara memberitahu pemberita di luar ibupejabat polis Kuala Lumpur, tempat Anwar ditahan semalaman, bahawa mantan timbalan perdana menteri itu akan dibebaskan jam 1 petang.
.
Pada jam 9.30 pagi isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba bersama anak-anaknya dan masuk ke dalam bangunan IPK Kuala Lumpur.
.
Setelah Ditahan Semalam, Anwar Ibrahim Dibebaskan

Anwar Bebas , Tiada DNA

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese