26 July 2008

Akuan bersumpah: Sivarasa disoal siasat 4 jam

KUALA LUMPUR, 25 Julai (SK)- PEGUAM kepada Anwar Ibrahim yang Juga Naib Presiden KeADILan R Sivarasa di soal siasat anggota polis selama empat jam.

Beliau yang hadir bersama peguam tiba di Bahagian Jenayah Komersial, PDRM Jalan Dato Onn, Bukit Aman, pada jam 10 pagi tadi ditemani peguam beliau.

Ketika ditemui selepas soal siasat beliau berkata soal siasat yang lama berlaku kerana pihak polis mengambil masa yang lama untuk merekodkan keterangannya melalui komputer.

Menurut beliau lagi, Kebanyakan soalan yang dikemukakan adalah mengenai pertemuannya dengan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam.

P Balasubramaniam, 3 Julai lalu dalam sidang media bersama Anwar telah mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak mempunyai kaitan dan menjalinkan hubungan dengan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Walaubagaimanapun keesokan harinya beliau telah menukar kenyataan bersumpah yang menyatakan kaitan Najib didalam sidang akhbar berlainan.
.

POLIS AMBIL KETERANGAN SIVARASA

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese