SAMBUTAN 100 HARI PENTADBIRAN PAKATAN RAKYAT, RAKYAT DIJEMPUT SERTAIKETUA Umum KeADILan, Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan kemuncak dalam perhimpunan rakyat sempena sambutan 100 hari pentadbiran kerajaan pakatan rakyat negeri Selangor di Stadium Utama, Shah Alam, esok.
Selain Anwar, Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kedah …Selanjutnya »
.
SELANGOR BERI GULA DAN BERAS PERCUMA
SHAH ALAM, 18 Jun (Suara KeADILan)- Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian beras dan gula percuma kepada rakyat negeri ini dibawah pendapatan RM1500 sempena sambutan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri ini.
SHAH ALAM, 18 Jun (Suara KeADILan)- Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian beras dan gula percuma kepada rakyat negeri ini dibawah pendapatan RM1500 sempena sambutan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri ini.
Dalam pada itu, sempena sambutan berkenaan juga, pelbagai program telah dirangka dari 18 Jun hingga 22 Jun sempena sambutan berkenaan, dan kemuncaknya pula adalah ucaptama Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim di Stadium Shah Alam 20 Jun ini.
Beliau berkata sedemikian ketika sidang media mingguan selepas mesyuarat exco di Bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah
Mengulas mengenai perlantikan Ahli Majlis, Menteri Besar berkata pemilihan berkenaan telah dipersetujui dan satu kenyataan akan dikeluarkan esok.
Sementara itu, Menteri Besar ketika mengulas mengenai tentang ura-ura mengosongkan kerusi Bandar Tun Razak untuk Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim berkata tumpuan sekarang adalah untuk menguasai parlimen dan kerajaan bukan untuk bertanding di pilihanraya./fiq
Video: keadilantv
No comments:
Post a Comment