01 January 2012
30 December 2011
24 December 2011
Negara Berkebajikan Hasan Mohon Maaf
Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini memohon maaf berhubung kritikannya terhadap konsep negara kebajikan yang dianjurkan parti itu dan menarik balik kenyataannya berhubung perkara itu.Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa pusat, katanya, beliau mengakui terdapat unsur-unsur yang keterlaluan apabila beliau mengulas perkara itu.
Dengan itu, katanya, beliau menarik balik komennya tentang negara kebajikan dan memohon maaf kepada kepimpinan PAS kerana keterlaluannya itu.
23 December 2011
Ugutan: Adam Adli lapor polis, terima notis tatatertib
Pemimpin pelajar, Adam Adli yang menurunkan bendera memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di PWTC Sabtu lalu membuat laporan polis berhubung ugutan yang diterimanya.Menurut peguamnya, Fadiah Nadwa Fikri, ugutan itu dipercayai diterima dari seorang anggota polis dikenali sebagai Ruslan Mokhtar.
“Ruslan dipercayai seorang anggota polis kerana pegawai polis di luar pondok Bukit Aman seolah-olah mengenalinya. Adam pergi untuk membuat aduan tentang ugutan yang diterima dan pada masa sama polis cuba membawa Adam.
“Kita mahu lihat anggota polis yang terlibat diambil tindakan kerana jelas ada ugutan dari pihak-pihak yang mempunyai kuasa,” dakwa beliau.
Ujar Fadiah , tindakan Adam yang menurunkan bendera itu hanya tidak mematuhi sivil dan bukan berunsur jenayah.
Katanya, tindakan itu boleh diterima di seluruh dunia malah pihak polis disarankan menghentikan sebarang ancaman terhadap mahasiswa terbabit.
Sabtu lalu, Adam bersama kumpulan mahasiswa lain mengadakan perarakan dari Masjid Jamek ke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan seterusnya ke bangunan PWTC.
Apabila tiba di PWTC, pelajar berkenaan menyerahkan pula memorandum mereka kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah
Terima notis tatatertib
Dalam perkembangan berkaitan, Adam menerima notis pendengaran tatatertib dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ketika membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Adam berkata seorang individu tidak dikenali menyerahkan notis terbabit, yang mengarahkan beliau hadir ke perbicaraan tatatertib pada 9 Januari depan.
Beliau mengesahkan akan hadir menjalani perbicaraan tatatertib tersebut.
Dalam pada itu, Adam menegaskan tindakan beliau menurunkan bendera itu membuktikan bahawa mahasiswa komited untuk kebebasan akademik.
Beliau turut mengecam laporan Utusan yang memetik kenyataan Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Reezal Merican Naina Merican mendakwa beliau memijak bendera, sebaliknya jelas Adam ia fitnah yang dijalankan individu terlibat di belakang akhbar Umno tersebut.
“Saya tidak faham kenapa anda takut dengan kami? Kami bukan ahli politik tetapi mahasiswa. Kalau anda musuhi kami, maknanya apa yang mahasiswa lakukan adalah betul,” katanya.
22 December 2011
"Saya sedia hadapi hukuman"- Adam Adli
21 December 2011
Mustapa Ali Bongkak, Fitnah Saya - Hassan Ali
Ianya berikutan kenyataan ADUN Hulu Kelang itu yang secara terbuka mendakwa beliau tidak layak bertanding di DUN Gombak Setia pada PRU 13 kelak.
"Saya juga mendesak agar pihak PAS mengenakan tindakan displin terhadap Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib, dengan mendakwa saya tidak cukup pencalonan untuk mempertahankan DUN Gombak Setia." katanya.
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu turut menyelar tindakan Setiausaha Agung Parti, Dato' Mustafa Ali yang mendakwa dirinya terperangkap dalam Agenda UMNO.
Sambil menganggap kenyataannya itu bersifat bongkak dan sombong, Exco Kerajaan Negeri Selangor itu menganggap tuduhan Mustafa Ali menyalahgunakan autoriti jawatan yang dipegang dengan mengeluarkan tuduhan yang melulu dan tidak releven.
Beliau turut mencabar Mustafa Ali agar memberi bukti melalui kenyataan yang mendakwa dirinya terperangkap dengan agenda jahat musuh parti iaitu UMNO.
Hassan Ali dalam Sidang Media di rumahnya sebentar tadi turut mendedahkan ketidakyakinan beberapa penyokong PAS terhadap perjuangan parti sejak akhir-akhir ini. -klpos
Subscribe to:
Posts (Atom)

